KUALA LUMPUR 14 Okt. – Seorang lelaki warga Bangladesh cedera selepas terjatuh daripada ketinggian 12 meter di Hotel Hilton, Jalan Stesen Sentral, Brickfields, di sini hari ini. Difahamkan, lelaki itu terjatuh ketika sedang melakukan kerja baik pulih pendawaian elektrik di ruang lobi hotel berkenaan. Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.40 pagi dan pemeriksaan awal mendapati runtuhan melibatkan bahagian siling di lobi hotel berkenaan. “Akibat insiden tersebut,…










