HARI Habitat Sedunia (WHD) disambut setiap tahun pada hari Isnin pertama bulan Oktober di seluruh dunia. Tajuk utama perbincangan sempena WHD adalah perkara-perkara berkaitan tempat tinggal atau isu-isu berkaitan perumahan, alam sekitar dan kesejahteraan hidup. Perkara yang selalu dibincangkan berkaitan kesejahteraan hidup ialah pengurusan sisa pepejal, penyakit berjangkit, haiwan pembawa kuman penyakit seperti nyamuk, air bersih, udara bersih, pengurusan sisa plastik, perubahan iklim, banjir kilat, tanah runtuh, konflik hidupan liar,…










