Siasat punca insiden enam bomba maut - Utusan Malaysia

Siasat punca insiden enam bomba maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) memandang serius terhadap insiden yang berlaku sehingga menyebabkan enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mati lemas semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Menteri Sumber Manusia, sepasukan pegawai penyiasat dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca menyebabkan berlakunya kejadian itu.

Kenyataan itu memberitahu, siasatan adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang terpakai untuk sektor perkhidmatan awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mengenalpasti bahaya, menganalisis dan mengambil tindakan kawalan yang mencukupi bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja adalah selamat dan tanpa risiko kepada keselamatan dan kesihatan,” kata kenyataan itu.

Semalam, enam anggota bomba daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM ditemukan maut dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini