KUALA LUMPUR 8 Okt. – Pihak berkuasa agama perlu menyiasat setiap aduan berkaitan aktiviti khalwat atau maksiat lain sebelum membuat sebarang serbuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, selepas penyiasatan, pihak berkuasa agama perlu mendapatkan waran sebelum boleh mengetuk pintu. “Penyiasatan perlu dilakukan dan kami perlu mempunyai waran sebelum mengetuk pintu. Oleh itu prosedur operasi standard (SOP) penting, perlu minta kad pengenalan diri dan tindakan…










