TOKYO 2 Okt. – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bertindak melantik Menteri Pertahanan baharu, Takeshi Iwaya selepas melaksanakan rombakan barisan Kabinet baharunya susulan kemenangannya dalam pemilihan Presiden Parti Demokratik Liberal bulan lalu. Iwaya, 61, menggantikan menteri terdahulu, Itsunori Onodera yang memegang jawatan berkenaan sejak Ogos tahun lalu. Beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan, Taro Aso dan Menteri Luar, Taro Kono kekal dalam Kabinet tersebut. – AFP










