LAHORE 6 Okt. – Pemimpin pembangkang, Shehbaz Sharif diarahkan menjalani hukuman penjara selama 10 hari selepas ditahan berhubung kes rasuah. Menurut peguamnya, beliau tidak dapat meneruskan kempen mewakili partinya menjelang pilihanraya kecil minggu depan. Shehbaz adalah adik kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif yang dikenakan hukuman 10 tahun penjara oleh Mahkamah antirasuah selepas disingkirkan daripada pentadbirannya. Jumaat lalu, Shehbaz ditahan oleh ejen Biro Tanggungjawab Nasional (NAB) berhubung kes rasuah membabitkan…










