KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul yang baharu berkuat kuasa hari ini. Pelantikan Shanmugamoorthy adalah bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner (SAC) R. Munusamy yang akan memegang jawatan baharu sebagai SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman. Majlis serah terima tugas itu turut disaksikan…










