KUALA LUMPUR 12 Okt. – Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan memberi keterangan palsu berkaitan seorang wanita didakwa mengedar dadah, Jun lalu. Herwadey Hashim, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memberi atau mereka-reka keterangan palsu dengan maksud hendak menyebabkan (atau mengetahui mungkin…










