Seorang murid cedera ringan, van sekolah terbabas - Utusan Malaysia

Seorang murid cedera ringan, van sekolah terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Dua murid yang dalam perjalanan pulang ke rumah berdepan detik cemas selepas van sekolah dinaiki terbabas lalu terjatuh ke longkang di Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.23 petang sebelum enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu adalah seorang lelaki yang merupakan pemandu van sekolah serta dua murid lelaki.

“Ketika pihak kami tiba di lokasi kesemua mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, seorang murid lelaki yang mengalami cedera ringan diberikan rawatan awal anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital KPJ Damansara oleh keluarganya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN