SELAYANG – Seorang lelaki yang menyebabkan kematian seekor kucing betina bunting dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Batu Caves, September lalu berjaya ditangkap dan direman selama empat hari sebentar tadi.
Perintah tahanan reman suspek berusia 41 tahun yang juga pekerja kontrak itu dikeluarkan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri di Mahkamah Majistret di sini.
Reman yang bermula semalam sehingga Khamis ini bertujuan membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan membunuh haiwan.
Hukuman bagi seksyen itu memperntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding reman itu, suspek yang memakai baju kemeja merah jambu diwakili peguam Rajsurian Pillai.
Difahamkan, suspek yang merupakan pekerja kontrak itu ditahan polis di Seri Kembangan selepas dia melarikan hampir sebulan selepas kejadian itu. – K! ONLINE










