Semua mampu berikan cabaran di CIMB Classic - Perez - Utusan Malaysia

Semua mampu berikan cabaran di CIMB Classic – Perez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pemain berusia 42 tahun itu berkata, sejak lima tahun lalu, saingan semakin sengit dan kebanyakan pemain teruja untuk beraksi di Kuala Lumpur.

Katanya, pertandingan empat hari tanpa had kelayakan buat kesemua pemain sudah pasti mereka akan menampilkan aksi cemerlang untuk merebut kejuaraan tahun ini.

“Cabaran terbesar saya di sini? Bagi saya, kesemua 77 pemain lain mampu menjadi pencabar terhebat dalam saingan kali ini. Mereka semua adalah cabaran kepada setiap pemain. Sesiapa yang beraksi cemerlang bermula esok, berpeluang menjadi juara.

“Justin Thomas, dia sangat luar biasa; Keegan Bradley, baru sahaja menang (Kejohanan BMW); Ryan Moore, hampir menang (CIMB Classic 2017). Jelas sekali peluang terbuka kepada semua,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Dalam edisi lalu, Perez muncul juara kejohanan bernilai AS$7 juta (RM29.06 juta) selepas melakukan catatan 264 pukulan, 24 di bawah par mengatasi Moore di kedudukan kedua dengan perbezaan empat pukulan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×