Sembilan remaja rogol pelajar tingkatan 1 disambung reman - Utusan Malaysia

Sembilan remaja rogol pelajar tingkatan 1 disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Sembilan remaja yang ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan 1 dalam tiga kejadian berasingan di Kamunting dan Aulong di sini, disambung reman selama enam hari lagi bagi membantu siasatan.

Majistret Noraisah Ahmad membenarkan permohonan sambung reman terhadap sembilan suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu bermula hari ini hingga 7 Oktober depan. 

Kesemua suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Kosmo! pada 28 September lalu melaporkan, sembilan remaja lelaki ditahan polis dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam tiga kejadian berasingan di Kamunting dan Aulong di sini sejak 18 hingga 25 September lalu. 

Polis kini sedang mengesan dua lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN