KOTA BHARU 11 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya merampas 2,900 pasang selipar Adidas dan 1,800 pasang selipar Fipper palsu bernilai RM47,000 hasil serbuan ke atas dua premis borong di sini semalam. Timbalan Pengarah KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, operasi disertai sembilan pegawai penguatkuasa pada pukul 3.00 petang itu ekoran aduan daripada pemilik cap dagang dua jenama terkenal berkenaan berhubung penjualan selipar tiruan menggunakan…










