MELAKA – Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee memohon maaf dan akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya terutamanya aspek komunikasi apabila berhadapan dengan rakyat. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu dan Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu berkata beliau mengakui kesilapan, kekasaran bahasa serta keterlanjuran kata ketika berkomunikasi dengan rakyat dalam menyelesaikan isu penutupan jalan, semalam. “Saya sedar bahawa insiden yang tular…










