KUANTAN – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sebak apabila membaca surat daripada lima banduan Penjara Bentong yang terlibat dalam projek Tenun Pahang Diraja yang diusahakan baginda. “… saya menangis dan sebak,” titah baginda menerusi akaun Twitternya @cheminahsayang yang turut melampirkan surat yang tertera cap jari kelima-lima banduan itu. Berdasarkan surat itu, Atan, Gafar, Black, Jimi dan Panjang menjunjung kasih kepada Tunku Azizah kerana diberi peluang…










