‘Saya tidak lari, masih teruskan khidmat’ - Mas Ermieyati - Utusan Malaysia

‘Saya tidak lari, masih teruskan khidmat’ – Mas Ermieyati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID TANAH 6 Okt. – “Walaupun terbatas, tetapi saya tidak lari, masih lagi bertemu pengundi dan teruskan khidmat,”.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin apabila ditanya perkembangan terkini beliau sejak keluar daripada UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Menurutnya, beliau akan tetap meneruskan khidmat sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah dan turun padang, malah lebih fokus selepas keluar daripada parti tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pejabat saya pun buka dan mereka pun tahu mana nak jumpa saya, maksudnya saya tetap meneruskan kerja saya dan saya walaupun dalam title (bebas) ni, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui dalam satu program di sini sebentar tadi.

Pada Jun lalu, Mas Ermieyati dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan beliau keluar parti dibuat seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman selain mahu menjadi pembangkang yang menegur kerajaan tanpa terikat dengan etika Ahli Parlimen yang mewakili sesebuah parti.

Sementara itu, ditanya berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan writ saman telah dikeluarkan kepada beberapa individu keluar parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, Mas Ermieyati memberitahu beliau masih belum menerima dokumen tersebut.

Pada masa sama, beliau turut enggan mengulas beberapa kenyataan berhubung desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen setelah keluar parti dan menjadi anggota bebas, selain dilabel sebagai pengkhianat parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini