SUZUKA 5 Okt. – Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menegaskan, dia tidak terlalu terdesak hingga mengambil pendekatan berisiko tinggi untuk menyaingi Lewis Hamilton dalam perebutan kejuaraan Formula Satu (F1) dunia. Vettel yang ketinggalan 50 mata di belakang Hamilton menjelang Grand Prix Jepun hujung minggu ini semakin tertekan selepas pencabar utamanya dari Mercedes itu lebih unggul dalam sesi latihan bebas hari ini. Kemenangan di Suzuka bakal meletakkan Hamilton menghampiri kejuaraan dunia kelima…










