LONDON – Perdana Menteri, Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau masih seperti dahulu dan caranya bekerja adalah mengikut gaya beliau seperti sebelum ini.
Ketika ditanya oleh hadirin dalam syarahannya mengenai “Masa Depan Demokrasi di Asia” di Chatham House di sini berhubung kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai dirinya dalam satu wawancara bahawa beliau telah berubah, Mahathir berkata, kenyataan Thomas ada benar dan ada ada silapnya.
“Saya masih seperti dahulu,” kata beliau.
“Saya masih menjalankan urusan seperti biasa tetapi saya perlu menghormati kehendak orang lain dan terutama berhubung dengan apa yang mereka sebut sebagai kronisme,” kata beliau.
Mahathir menjelaskan beliau sebenarnya membantu mereka yang berupaya memperoleh keuntungan daripada apa sahaja perniagaan yang mereka usahakan. – Bernama











