SATELIT milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), ICESat-2 yang membawa muatan instrumen laser tunggal telah dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Ia dikatakan telah selamat tiba di orbit. Misi yang asalnya tertangguh dan melebihi belanjawan asal itu menggunakan Sistem Laser Altimeter Topografi Lanjutan (ATLAS) untuk memantau perubahan ketinggian ais Greenland dan Antartika dalam setahun. NASA menyatakan bahawa altimeter laser akan diaktifkan sekitar dua…










