KUALA LUMPUR 18 Okt. – Seorang sarjan polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan meminta dan memperoleh rasuah daripada seorang lelaki, tahun lalu. Sahrir Suardin, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta suapan wang RM5,000 dan memperoleh RM1,000 daripada Mohd. Afifi Sazly Mohd. Radzi, 31. Sahrir ketika kejadian bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju melakukan kesalahan itu di Lokap…










