KUALA LUMPUR 17 Okt. – Penyanyi Sissy Imann Mohammad Kamil atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Sissy Imann dikenali peminat menerusi lagu berjudul Mungkin Kamu. Malam ini, anak kelahiran Kuala Lumpur itu menjadi artis jemputan segmen live, Jom Chat yang dihoskan oleh Apak. Bakat seni Sissy Imann mula-mula dikesan oleh komposer, AG Coco dan gadis yang berusia 22 tahun ini juga pernah berguru dengan Datuk Syafinaz Selamat untuk memantapkan vokalnya.…










