Saifuddin nafi minta bantuan Hishammuddin - Utusan Malaysia

Saifuddin nafi minta bantuan Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 6 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan kononnya mereka meminta bantuan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien untuk memulihkan hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau juga tidak tahu siapa sumber seperti yang dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

“Saya tidak ada pertemuan dengan Hishammuddin dan Wisma Putra juga tidak ada minta bantuan daripadanya untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang berlaku saya berbincang dengan Duta Arab Saudi sebulan lalu setelah saya dilantik sebagai Menteri Luar. Saya terangkan kepadanya tentang penarikan balik tentera Malaysia dalam peperangan pakatan negara Arab pimpinan Arab Saudi terhadap Yaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemerkasaan Pendidikan Daerah Kuantan di Kolej Universiti Widad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pertemuan itu turut menerangkan tindakan kerajaan Malaysia tidak mahu meneruskan projek King Salman Centre for International Peace yang diterima baik oleh duta berkenaan.

“Kita menerima maklum balas baik daripada kerajaan Arab Saudi malah layanan istimewa kepada jemaah haji pada tahun ini turut membuktikan hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi masih kekal walaupun beberapa perkara atau persetujuan yang dilakukan kerajaan terdahulu telah ditarik semula,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini