Rusia beri amaran risiko perlumbaan senjata - Utusan Malaysia

Rusia beri amaran risiko perlumbaan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin (gambar) memberi amaran akan wujud perlumbaan persenjataan baharu jika Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perjanjian senjata nuklear.

Malah beliau menegaskan bahawa Rusia akan bertindak balas dengan apa juga peluru berpandu baharu AS di Eropah.

Minggu lalu, Presiden AS, Do­nald Trump mengumumkan akan menarik diri daripada perjanjian nuklear Perang Dingin yang berusia lebih tiga dekad dalam Rundingan Nuklear Tentera Jarak Sederhana (INF).

Bercakap selepas menerima kunjungan Penasihat Keselamatan Negara AS, John Bolton, Putin memberi amaran bahawa tindakan meninggalkan perjanjian itu serta kegagalan menyambung satu lagi perjanjian kawalan senjata utama yang dikenali sebagai New START boleh mencetuskan perlumbaan persenjataan sekali gus meletakkan Eropah dalam bahaya.

Beliau yang menyifatkan situasi itu sebagai ‘sangat berbahaya’.

“Tiada lagi apa-apa yang tinggal kecuali menerima satu lagi perlumbaan senjata,” katanya pada sidang akhbar selepas menemui Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte.

Beliau berkata, jika Washington meninggalkan INF dan meletakkan lebih banyak peluru berpandu di Eropah, Rusia akan bertindak dengan ‘cara sewajarnya’.

“Adakah kami akan bertindak balas?. Ya kami akan dan caranya sangat pantas dan berkesan,” ujar beliau.

Putin berkata, negara-negara Eropah yang bersetuju menempatkan peluru berpandu Rusia perlu bersedia menghadapi sera­ngan Rusia.

“Ini adalah suatu yang jelas,” katanya.

“Kami akan kembali ke situa­si peluru berpandu Pershing di Eropah,” katanya merujuk kepada peluru berpandu AS di Eropah Barat pada tahun 1980-an. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN