IPOH 12 Okt. – Kegiatan sepasang suami isteri yang menjadikan rumah pusaka sebagai lokasi aktiviti pembungkusan dan pengedaran dadah terbongkar apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Changkat Jering dekat Taiping, kelmarin. Kedua-dua suspek berusia 51 dan 54 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 2 petang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner V.R. Ravi Chandran berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya menjumpai heroin seberat 2,930 gram, 2,105 gram ganja dan 550 gram syabu. Menurutnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya