KOTA KINABALU 10 Okt. – Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli dijangka mengumumkan keluar UMNO esok untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan). Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak 2013 dikatakan telah mengatur pertemuan dengan Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darrel Leiking di Labuan esok untuk menyerahkan borang keahlian parti itu. Ketika dihubungi media, Rozman bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu dan meminta semua pihak menunggu sehingga beliau mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai spekulasi itu.…










