KUALA LUMPUR – Dua rakan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membayar ikat jamin RM1 juta di Kompleks Mahkamah di sini semalam selepas didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bayaran itu susulan perintah Mahkamah Sesyen di sini, Khamis lalu, yang membenarkan permohonan peguam bela, Datuk K. Kumaraendran yang mewakili…










