PUTRAJAYA – Perbuatan merompak wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) juga merupakan maksiat besar kerana perlakuannya membawa kerosakan dan kehancuran kepada negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, definisi maksiat yang dikaitkan sebagai mengundang sesuatu bencana atau bala perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, bukan hanya melibatkan perbuatan meminum arak dan berzina. Menurutnya, perbuatan rasuah, sistem perbankan yang menindas serta merosakkan…