SINGAPURA 21 Okt. – Myanmar tidak boleh mengatakan isu etnik Rohingya sebagai masalah domestik semata-mata kerana Malaysia turut menerima tempiasnya, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Mohamad Sabu Mohamad berkata ketika ini terdapat lebih 100,000 pelarian Rohingya di Malaysia yang tidak kesemuanya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). “Malaysia tidak mampu menanggung beban pelarian yang begitu ramai,” katanya kepada Bernama. Mohamad berada di sini selama tiga hari sejak…










