BEIJING 27 Okt. – Robot logam cecair yang boleh mengubah bentuk dan membaiki kerosakan pada mana-mana komponen tubuhnya seperti dalam filem Terminator bakal menjadi realiti tidak lama lagi. Mail Online melaporkan, penyelidik China membangunkan prototaip robot yang mendapat inspirasi daripada watak fiksyen francais dalam filem Terminator, T-1000. Robot kecil dan boleh berubah bentuk boleh digunakan bagi mengakses persekitaran yang mungkin sukar untuk manusia melakukan operasi di zon bencana. Berdasarkan laporan South China Morning Post, prototaip robot yang dicipta oleh pasukan dari Universiti Sains dan Teknologi China dan Universiti Wollongong, Australia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya