AMMAN Jordan 6 Okt. – Umat Islam disarankan supaya menyalurkan sumbangan dan derma untuk rakyat Palestin melalui saluran yang diakui sah berikutan dianggarkan AS$2 hingga AS$3 bilion (RM8 hingga RM12 bilion) sumbangan pelbagai pihak di seluruh dunia tidak diterima oleh pihak yang disasarkan di Palestin. Menurut Menteri Hal Ehwal Islam Jordan, Prof. Dr. Abdelnaser Abu Al Basal, pihak berkuasa Israel hanya mengiktiraf tiga pihak untuk menerima sumbangan tersebut. Kata beliau,…










