KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$103.0 bilion (RM427.04 bilion) pada 28 September berbanding AS$103.9 bilion (RM430.77 bilion) pada 14 September 2018. Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, paras rizab itu telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai dolar AS berbanding pelbagai aset rizab mata wang asing yang dipegang bank pusat. “Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan…










