KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disokong oleh faktor-faktor tempatan susulan laporan Bank Dunia yang mengunjurkan Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhannya dan mencapai status negara berpendapatan tinggi antara tahun 2020 dan 2024. Pada pukul 9 pagi ini, unit tempatan berada pada 4.1430/1480 berbanding paras penutup 4.1450/1490 semalam. Seorang peniaga berkata, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.9 peratus berikutan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan swasta yang menunjukkan asas ekonomi negara yang teguh. Bagaimanapun, sebagai sebuah pasaran sedang pesat membangun, prestasi ringgit dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. “Harga minyak, ketegangan perdagangan dan ekonomi AS…










