KUALA LUMPUR 9 Okt. – Juara Sukan Paralimpik Rio, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly terus mengharumkan nama negara selepas masing-masing mencipta rekod dunia baharu di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, hari ini. Mohamad Ridzuan menampilkan aksi cemerlang dengan catatan 11.87 saat mengatasi catatan 11.90s milik atlet Rusia, Evgenii Shvetsov dalam acara 100m T36 (cereberal palsy) untuk meraih pingat emas. Abdul Latif mengekalkan penguasaan dalam acara lompat jauh…










