Remaja maut kemalangan - Utusan Malaysia

Remaja maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Okt. – Seorang remaja maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 1.8, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Kempas, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa, Mohamad Shahrin, 18, dari Taman Sri Pandan, Ulu Tiram meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis Honda Wave ditunggangi dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke Kempas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa telah mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum dipercayai telah hilang kawalan dan terlanggar bahagian belakang tengah treler berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Shahurinain berkata, pemandu treler berusia 53 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini