KUALA LUMPUR 4 Okt. – Remaja yang dipercayai lemas di sebuah di lombong Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini semalam bukan bertujuan untuk memancing.
Bapa mangsa, Mohd. Azzam Naim berkata, anaknya tidak membawa sebarang peralatan memancing sebaliknya hanya mengikut dua rakannya yang lain.
“Saya dah pesan supaya dia tidak ke sana sebab cuaca hujan tetapi dia ikut dua rakannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ketika kejadian, seorang daripada rakannya cuba untuk menyelamatkan anak saya tetapi gagal,” katanya di sini hari ini.
Menurut bapanya, lokasi tersebut juga dipercayai menjadi lokasi memancing sebelum ini. – UTUSAN ONLINE











