Reka bentuk Pas dan Visa Malaysia baharu - Utusan Malaysia

Reka bentuk Pas dan Visa Malaysia baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Okt.- Jabatan Imigresen memperkenalkan reka bentuk Pas Malaysia dan Visa Malaysia yang baharu menerusi penambahan terapan hologram dan ciri keselamatan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kedua-dua dokumen itu mempunyai rekabentuk latar belakang dan nombor siri keselamatan dengan cetakan pelangi.

“Kedua-dua dokumen ini dikeluarkan untuk warga asing memasuki Malaysia bagi tujuan tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kelainan terbaharu ini merupakan penambahan dilakukan Jabatan Imigresen bagi meningkatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara tanpa kompromi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Reka Bentuk Pas dan Visa Malaysia yang baharu di sini hari ini.

Visa Malaysia merupakan kebenaran awal disahkan dalam pasport warga asing untuk memasuki Malaysia manakala Pas Malaysia pula dikeluarkan mereka yang menetap sementara dalam tempoh ditetapkan bagi tujuan tertentu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini