Raqqa terus dihantui serangan bom, Daesh - Utusan Malaysia

Raqqa terus dihantui serangan bom, Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAQQA 18 Okt. – Penduduk awam di bandar ini masih hidup dalam ketakutan ekoran berlakunya kejadian letupan bom setiap hari walaupun selepas setahun kumpulan pengganas Daesh berjaya diusir keluar oleh tentera Syria yang disokong Amerika Syarikat (AS).

Salah seorang penduduk, Kha­­led al-Darwish berkata, setiap hari mereka akan men­dengar bunyi letupan.

“Kami takut untuk menghantar anak-anak ke sekolah, tiada jaminan keselamatan,” katanya.

Walaupun sekatan jalan raya dilakukan di setiap ceruk bandar, Tentera Demokratik Syria (SDF) dan Pasukan Ke­selamatan Dalaman yang baharu ditubuhkan berhempas pulas untuk menyekat penyusupan agen rahsia Daesh ke bandar ini.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria memberitahu, sisa runtuhan bangunan masih banyak kelihatan malah setiap hari berlaku serangan di pintu masuk Raqqa dan kenderaan tentera.

Anggota kumpulan Daesh didapati bersembunyi di beberapa kawasan bandar ini yang secara jelas terus dikuasai kumpulan itu.

Beberapa penduduk Raqqa berkata, pasukan keselamatan baharu bandar ini kekurangan kepakaran untuk mengatasi penyusupan masuk anggota Daesh.

“Kami sudah penat. Kami menjalani kehidupan setiap hari tanpa mengetahui sama ada kami akan mati dalam letupan bom atau akan pulang ke rumah dengan selamat,” kata Abu Younes, pemilik sebuah pasar raya berhampiran Paradise Square.

Katanya, kesilapan pihak tentera terutama di sekatan jalan raya membolehkan anggota Daesh memasuki bandar ini dengan mudah dan melancarkan serangan.

Walau bagaimanapun, penduduk masih melakukan rutin harian manakala kedai-kedai telah dibuka semula dan ken­deraan memenuhi jalan utama di bandar Raqqa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN