RAQQA 18 Okt. – Penduduk awam di bandar ini masih hidup dalam ketakutan ekoran berlakunya kejadian letupan bom setiap hari walaupun selepas setahun kumpulan pengganas Daesh berjaya diusir keluar oleh tentera Syria yang disokong Amerika Syarikat (AS). Salah seorang penduduk, Khaled al-Darwish berkata, setiap hari mereka akan mendengar bunyi letupan. “Kami takut untuk menghantar anak-anak ke sekolah, tiada jaminan keselamatan,” katanya. Walaupun sekatan jalan raya dilakukan di setiap ceruk bandar,…










