KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan terdapat ramai lagi pegawai kerajaan dari zaman pentadbiran kerajaan sebelum ini akan dibawa ke muka pengadilan atas kesalahan rasuah.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu akan dibuat selepas memperoleh bukti yang mencukupi bagi mendakwa mereka di mahkamah.
“Terdapat ramai yang terlibat dengan rasuah tetapi kita terpaksa memberi fokus kepada beberapa orang dahulu kerana kita kekurangan pegawai.
“Sekarang ini, kita pergi kepada big boy dahulu tetapi selepas mendapat bukti yang mencukupi tindakan akan diambil ke atas mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Antirasuah 2018 di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










