KOTA BHARU – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencipta kejutan apabila mendahului Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan 289 undi bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan bagi jawatan Timbalan Presiden. Menurut kemaskini terbaru laman web rasmi parti berkenaan pada pukul 10.08 malam, Rafizi memperoleh 5,211 undi berbanding Mohamed Azmin dengan 4,922 undi. Rafizi melalui akaun facebooknya berterima kasih kepada pengundi di Kelantan dan…










