KOTA BHARU 25 Okt. – Usia Aqfierudzar Rizq Mohd. Sulhie baharu empat tahun, namun kepetahan menyampaikan bait-bait cerita sambil menggerakkan patung wayang kulit di balik tabir layar putih cukup luar biasa. Aqfierudzar Rizq atau nama manjanya, Pyu sama sekali tidak kekok malah, kelihatan begitu selesa menggerakkan patung-patung wayang kulit tersebut dalam satu persembahan di sini, baru-baru ini. Walaupun ia sekadar persembahan pembukaan ketika program Joyful Malaysia Pusat Penerangan Pelancongan (TIC)…










