Putus cinta, impian Zulin Aziz naik pelamin musnah - Utusan Malaysia

Putus cinta, impian Zulin Aziz naik pelamin musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Impian pelakon, pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz, 28, untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka misteri yang juga kekasih hatinya musnah apabila hubungan mereka terputus di tengah jalan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih pada semua yang mendoakan Ucapan tahniah itu membuat hati saya Untuk apalah saya nk buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya. Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu. Ya,saya sudah bersedia.Itulah doa dalam tahajud saya,ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu. Akhirnya saya diketemukan dengan dia.Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia.Saya bersungguh2 kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti. Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri,saya ciptakan lagu khas buatnya.Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti. Segalanya sudah dirancang kemas,tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yg dijanjikan.Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari. Lagu pun dah siap,tak sabar saya nak bagi dia dengar.Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau. Kita hanya merancang tapi Allah sebaik2 perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat2 tu utk apa?nak buat apa?saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan skrg dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain. Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat,saya keluarkan duit sendiri,takkan saya nak simpan saja.saya ambil jalan ini untuk teruskan juga.Tak apalah,Jadi Saya buat music video.Saya gantikan dengan sesuatu yang baru. Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata2 semangat.Bukan mudah,saya perlukan masa nak hadap semua ini.Tapi bila saya baca cmmnt anda semua,saya sangat bersyukur sebab ramai yg sayangkan saya. Semoga urusan ini dipermudahkan.Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain. Manalahtau harini saya meredah hujan,esok saya nikmati pelangi.. Maafkan saya #danketikaitu

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam, Zulin atau Farah Azleenda Abd. Aziz mendedahkan bahawa segala perancangan yang telah diaturkan sejak awal tahun ini bersama bakal suami tidak menjadi kenyataan.

“Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila ada segelintir pihak mendakwa saya sengaja membuat gimik untuk mencari publisiti murahan.

“Amatlah menyedihkan sesuatu yang benar tetapi dikatakan cuba membuat gimik. Sedangkan sebelum ini saya pernah berkongsi bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka yang dikenali sejak setahun lalu,” luahnya menerusi entri yang dimuat naik.

Menurut Zulin, dia bersungguh-sungguh mengurangkan berat badannya kerana mahu kelihatan cantik di hari bahagiannya, namun reda dengan ketentuan Ilahi bahawa jodohnya belum tiba lagi.

Bahkan tambahnya, segala persiapan juga sudah dilakukan termasuklah menghasilkan sebuah lagu khas yang hendak ditujukan buat pemuda berkenaan yang dianggap amat istimewa kerana menerima dirinya seadanya.

“Bagaimanapun, kita hanya merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal dan tiada jodoh untuk disatukan,” kongsinya lagi.

Pun begitu, Zulin enggan berkongsi punca yang menyebabkan hubungannya dengan lelaki tersebut putus kerana enggan memburukkan sesiapa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN