Pupuk kesedaran gaya hidup sihat - Utusan Malaysia

Pupuk kesedaran gaya hidup sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Inisiatif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menganjurkan Kempen Derma Darah dan Kesedaran Kesihatan 2018 dijangka membantu mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyat.

Pengerusinya, Ramzi Toubassy berkata, kempen selama sebulan yang akan menjelajah ke seluruh negara membolehkan semua lapisan rakyat menyertainya secara percuma di 30 lokasi terpilih.

Beliau berkata, antara perkhidmatan disediakan termasuklah ujian saringan kesihatan, bicara sihat,  klinik berhenti merokok dan khidmat nasihat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kempen bermula 1 hingga 31 Oktober bukan sahaja memupuk kesedaran rakyat mengenai pentingya menjaga kesihatan, malah turut menjadi ruang bagi meningkatkan lagi bekalan darah negara yang semakin kritikal ketika ini.

“Hasil kesedaran untuk kepentingan bersama, LIAM beserta 16 syarikat insurans menaunginya dan beberapa agensi seperti Institut Jantung Negara, Pusat Darah Negara, KPJ Healthcare dan Pusat Penyelidik Cancer komited membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat dengan aspirasinya memberi serta berkongsi keriangan bersama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini