SKOPJE, Macedonia – Rakyat Macedonia mengundi semalam sama ada mahu menamakan semula negara mereka sebagai Macedonia Utara dalam usaha menyelesaikan perbalahan dengan jirannya, Greece sekali gus membuka laluan untuk Skopje menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta Kesatuan Eropah (EU). Ia merupakan detik penuh emosi untuk Macedonia, sebuah negara yang berusaha mencari pengiktirafan sejak penubuhannya pada tahun 1991 apabila bekas negara Yugoslavia itu mengisytiharkan kemerdekaan. Athens segera mengemukakan bantahan dan…










