PETALING JAYA 16 Okt. – Akibat memukul isteri keduanya sehingga cedera enam bulan lalu, seorang pengawal keselamatan dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Mohd. Ikhwan Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas Jaimi Jaya, 35, menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan yang dijadualkan pada hari ini. Mengikut pertuduhan, Jaimi didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Manisha Jaimi, 25, dengan memukul wanita itu…










