PUCHONG – Hujan lebat lebih sejam petang tadi mengakibat ratusan kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di hadapan Kompleks Beli Belah IOI Mall terkandas selepas laluan tersebut ditenggelami air lebih 0.5 meter. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Hisam Mat Yasih berkata, paras air dilaporkan naik di laluan berkenaan ketika hujan lebat sekitar pukul 5 petang tadi. “Kejadian banjir tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan atau kecederaan…










