Proses senarai hitam dipercepatkan - Utusan Malaysia

Proses senarai hitam dipercepatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Dewan Bandaraya Ku­ala Lumpur (DBKL) akan mempercepatkan proses menyenarai hi­tam nama pesalah lalu lintas yang kebiasaannya mengambil masa sehingga enam bulan hingga bertahun-tahun.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, langkah itu diambil berikutan sikap pesalah trafik yang terus berdegil enggan membayar saman bagi ke­salahan lalu-lintas yang dilakukan.

Menurutnya, apa yang lebih dikesalkan peluang yang diberikan pihak berkuasa tempatan melalui kadar khas kompaun serendah RM20 kepada orang ramai ti­dak dimanfaatkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau ber­kata, tindakan itu juga dapat mengurangkan jumlah tunggakan kompaun se­perti mana yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak kami akan me­ngadakan perbincangan de­ngan JPJ bagi mempercepatkan proses senarai hitam kepada pesalah. Kelewatan dikenakan tindakan menyebabkan mereka memandang ringan mengenai perkara tersebut.

“Jangan ingat kami tidak buat apa-apa. Selepas lesen dan cukai jalan tidak boleh diperbaharui mungkin boleh menye­darkan dan memberi pe­ngajaran kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian mengenai sikap pesalah trafik yang terus berdegil tidak melunaskan bayaran kompaun tertunggak.

Tambah Ibrahim, sebanyak 4, 742 pesalah lalu lintas telah disenarai hitam sejak tahun 2013 sehingga Ogos tahun ini.

“Tindakan itu bukanlah sebagai hukuman kepada masyarakat tetapi salah satu cara untuk mendidik mereka agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

“Mereka patut sedar pelbagai masalah akan timbul jika me­langgar peraturan. Buang sikap pentingkan diri sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini