KUALA LUMPUR 30 Sept. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mempercepatkan proses menyenarai hitam nama pesalah lalu lintas yang kebiasaannya mengambil masa sehingga enam bulan hingga bertahun-tahun. Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, langkah itu diambil berikutan sikap pesalah trafik yang terus berdegil enggan membayar saman bagi kesalahan lalu-lintas yang dilakukan. Menurutnya, apa yang lebih dikesalkan peluang yang diberikan pihak berkuasa tempatan melalui kadar khas…










