Program Santuni Masyarakat medium ADUN bantu rakyat Pauh - Utusan Malaysia

Program Santuni Masyarakat medium ADUN bantu rakyat Pauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Rozieana Ahmad mempunyai mekanisme tersendiri untuk berbakti kepada penduduk di kawasannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia Perlis itu memperkenalkan Program Santuni Masyarakat sejak Mei lalu sebagai wadah membantu rakyat.

“Buat permulaan, bagi golongan asnaf, orang kelainan upaya (OKU), miskin dan ibu tunggal dengan bantuan satu kampit beras lima kilogram telah diberikan bagi  setiap keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bantuan beras ini bukan berterusan tetapi mengikut keperluan keluarga tersebut selain sumbangan bencana dan sebagainya.

“Selain itu, saya juga bakal melaksanakan program tuisyen percuma dan kelas komputer bagi meningkatkan taraf pendidikan dan ilmu pengetahuan bagi mereka yang memerlukan terutama golongan pelajar,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini