KUANTAN 7 Okt. – Pakatan Harapan (PH) akan memulakan pecutan akhir kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bermula esok. Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pimpinan utama pakatan tersebut akan berada di Port Dickson esok bagi meneruskan pecutan akhir kempen PRK berkenaan. Beliau berkata, pecutan akhir itu dilakukan bagi memastikan calon PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar.…










